Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal... Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada kan? Murid-murid : Ada cikgu. Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen ituke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi.. Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : pen ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu. Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : Tuhan ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu. Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan... Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? Guru tadika : Boleh,mari ke depan. Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid : nampak. Amin : cikgu ada kan? Murid-murid : ada. Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid : tak nampak. Amin : cikgu ada otak tak? Murid-murid : tak ada.

0 comments:

Post a Comment

 
© Grunge Theme Copyright by [cERiTeRa] [AKu] | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks